Wah, barulah aku sempat nak update entri pada hari ini. Kesibukkan membuatkan aku tiada masa untuk update blog aku ni. Untuk pengetahuan korang semua, pada hari rabu (30/01/2013) aku kena hantar tunang aku ke Intan, Bukit Kiara untuk mengambil peperiksaan. Peperiksaan apa yang si dia ambil, itu aku tak tau. Of courselah jika dah jadi penjawat awam kenalah ambil beberapa peperiksaan wajib untuk mengesahkan anda dalam perkhidmatan. Aku pun ada jugak ambil peperiksaan tapi 2 kali kandas sebab kali pertama of courselah sebab memang kandas dan kali kedua tu aku gagal kerana tak menghadiri peperiksaan. Sebabnya, aku tak bawa kasut pejabat berwarna hitam. Dalam kereta aku ada kasut Nike. Nak pakai kasut Nike ke dalam dewan peperiksaan? Memang tak lah sebab awal-awal memang dah reject. Sebab-sebab kenapa aku tak bawak kasut hitam tu ada sebabnya. Nantilah aku update pada lain kali.
Berbalik pada tunang aku tadi. Pagi-pagi kami dah standby nak gerak ke Bukit Kiara. Mujurlah ada Maps kat telefon Samsung Galaxy Y aku (thank to my smartphone) yang terkena air tu. Bolehlah aku ikut navigasinya. Tak lah susah sangat nak cari jalannya. Yang susahnya sudah tentu keadaan kesesakan jalan raya tu. Memang jammed teruk gila. Dalam keadaan begini, kesabaran paling penting. Kalau tak sabar, dah lama aku maki-hamun orang lain. Normallah jika orang bawak kereta kat luar memang baik gila. Dia akan berubah jadi hulk bila dah masuk dalam kereta. Terus berubah watak dia yang mulanya alim-alim belaka jadi marah yang amat marah macam Hulk. Kerap juga aku terlajak tapi sempat lah jugak aku perasan. Jalan bersimpang-siur dan berlintang-pukang. Orang bawa kereta pun lintang-pukang juga. Alhamdullillah berkat kesabaran aku dapat juga sampai ke tempat dituju. Siap tunang aku bagi hi-5 tangan kat aku. Well, biasalah. Abg Rizuan. Memang senang nak jumpa tempatnya. Aku tunggu dalam sejam. Dia pulak duduk dalam dewan peperiksaan bertungkus lumus menjawab soalan-soalan pecah kepala tu. Alhamdullillah dia lulus. Tak sia-sia aku hantar dia. Berbaloi-baloi. Dia pun ada cakap kat aku yang dia nak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan-soalan pecah kepala tu. aku faham dia faham aku. Dia nak balas pengorbanan aku drive kereta jauh-jauh dan penuh kesabaran ni. Woho!
Selepas dia tersenyum lebar sampai ke telinga, kami pun terus ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang. Perjalanan balik mula mudah dan lancar. Sampai ke destinasi dituju tu, perut pun dah keroncong. Sebelum tu kami kena beli tiket filem MAMA dulu barulah kami melantak makan nasi campur kat Foodcourt Arena. Bukan Arena Bola Sepak ye. Filem Mama memang aku dah lama nak tengok. Menonton thrillernya pun dah seram. Apatah lagi tengok full movienya. Fuh, memang seram tahap sampai tutup matalah. Tunang sebelah aku ni pulak tak habis-habis menjerit terpekik. Mujurlah tak ramai orang dalam tu. Jadi, sesiapa nak berhajat nak tengok filem Mama ni kena lah kuat semangat dan tak mudah terkencing dalam seluar. Aku tak kencing dalam seluar, aku kencing kat dalam tandas. hehe.
Filem Mama ni mengisahkan dua kanak-kanak bernama Victoria (usia dalam lingkungan 5 tahun) dan Lily (3 tahun macam tu lah) tak disengajakan dibawa bapa mereka selepas berlakunya kemalangan di jalan raya. Bapa dia ni dah bunuh mak dia. Jadi, bapa dia ni bawaklah dua orang anaknya ke arah yang tak pasti mana nak dituju tu. Bapa dia ni sedih kerana bunuh isteri dia. Semasa dia nak bunuh Victoria dengan mengacu pistol ke arah belakang kepalanya, tiba-tiba dia telah dibunuh orang lembaga perempuan yang terbang. Sampai 5 tahun budak-budak tu lepak kat situ. Mesti terfikirkan macam mana budak-budak tu makan. Lembaga perempuan itulah yang bagi dia makan. Makan apa? Makan buah cheri.
Tempoh 5 tahun memang lama. Selama itulah lembaga perempuan tu jaga budak-budak ni sampailah satu masa 2 orang lelaki yang diupah oleh pak cik kanak-kanak tu terjumpa rumah tu dan dengan beraninya diorang masuk ke dalam rumah tu. Kat dalam tu lah diorang terjumpa 2 orang budak jalan merangkak. Memang seram. Budak-budak ni pun dibawa ke rumah pak ciknya. Pada masa tu lah pelbagai kejadian seram. Lembaga tu ikut budak-budak tu kot. Siap-siap boleh bermain lagi. Aku pulak tutup mata bila babak-babak lembaga tu nak serang perempuan yang jaga budak-budak ni. Akhir sekali (dah penat nak taip) Victoria ikut pak cik manakala adiknya ikut lembaga tu (hantu pun boleh). Biasalah, budak Lily tu kecik-kecik lagi jarang jumpa maknya. Hantu tulah maknya. Sebab tu dia asyik panggil mama je. Memang seram cerita ni. Rasanya fan-fan yang suka cerita seram ni tak rugi tengok pun. Aku bagi 5 bintang untuk filem ni.
Oklah, jari aku dah penat nak menaip. Aku nak makan maggi jap. Wala,dah kembang dan lembut maggi aku. Inilah padahnya jika aku dah mengadap komputer ni memang dah lupa maggi yang aku buat tadi. Terpaksalah aku makan roti je. Kenyang jugak.
P/S: Untuk korang, aku ni memang kaki wayang sikit. Jadi, aku kerap update tentang filem-filem yang aku tengok. Nak cerita pasal filem 'Bullet to the Head' tapi nanti-nantilah. Sibuk ni.
WOHOHO..
ReplyDelete