Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts
Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts

Saturday, 23 February 2013

Spiders 3D

Menyesal sungguh aku tengok cerita ini. Memang menyesal. Sungguh menyesalkan dan amat teramat amat menyesal dan aku menyesali diri aku tengok cerita ini. Kenapa? Ok aku bagi list kenapa aku menyesal tengok cerita ini. Aku dah tengok sendiri filemnya jadi aku tak kisah aku nak condemn filem ini sebab aku ada pergi tengok.


  1. Nama gah 'Spiders 3D' tetapi tak ada 3D. Memang tak berbaloi beli tiketnya. Sebenarnya, memang ada 3D tetapi TGV Bukit Tinggi ni tak ada pulak 3D. Pekerja kaunter kata hanya di TGV Sunway je ada. 
  2. Labah-labah tu memang kelakar. Serupa macam ketam pun ada. Peliknya bila labah permaisuri menyerang bandar tu, labah-labah yang kecil entah hilang ke mana. Bila babak terakhir, baru nak muncul.
  3. Para pelakon tak berlakon dengan sensitif contohnya kawan dia kena serang dengan labah-labah tu dan mati. Dalam beberapa minit, jelas riak wajah dia tak sedih sangat. Siap boleh minum kopi lagi. Kejadian itu berlaku macam perkara biasa saja. Tak menghayati watak dah. Cuba kita berada situasi begitu? Mesti kita sedih dan tak percaya kawan baiknya mati.
  4. Berlakon di kawasan di bandar situ saja. Tak ada nak tukar-tukar lokasi. Jadi, penonton akan merasa bosan. Termasuklah saya. 
  5. Labah permaisuri tu kebal. Tembak dengan senapang tak mati. Tembak dengan kereta kebal pun tak lut. Tapi bila si hero ni bawak kereta api langgar dan membakar labah permaisuri tu dengan meletupkannya, boleh pulak hancur. Oh, hancur jalan cerita filem ni.
Itulah kesimpulan yang dapat aku berikan.Kalau korang rasa nak tengok, boleh, dipersilakan (jangan bersila kat pawagam eh). Jika tak menarik, memang rugi korang beli tiket. Baik, selamat menonton.

Thursday, 7 February 2013

Antara Parker dan Journey to the West

Well, hari rabu hari tu aku keluar dengan kawan aku untuk menonton filem 'Parker' lakonan Jason Statham dan malam semalam (06 Feb 2013) aku menonton filem arahan pelawak terkenal Stephen Chow iaitu 'Journey to the West'. 

Antara kedua-dua filem ini aku lebih rela pilih filem 'Parker' sebagai filem pilihan aku kerana lakonan mantap dari Jason Statham dan jalan ceritanya yang menarik menyebabkan aku pilih filem ini filem yang menarik untuk ditonton. Bukan aku nak mengagung-agungkan hasil kerja orang barat ni tapi itulah hakikatnya bila orang barat buat filem ni memang bersungguh-sungguh. 

Kenapa aku tak pilih filem Journey to the West sebagai filem pilihan aku? Ini adalah pendapat peribadi aku ye. Kalau korang rasa filem ini berunsurkan komedi seperti filem-filem arahan Stephen Chow yang lain ternyata memang korang silap ( adalah sikit-sikit terselit kelucuannya). Filem ini lebih kepada aksi dan sedikit berunsurkan cinta. Dan sekali lagi Stephen Chow tak berlakon pun dalam filem ni tidak seperti filem-filem yang lain seperti Kung Fu Hustle dan Shaolin Soccer. Filem ini lebih mengisahkan macam mana si Sami ni ada pengikut-pengikutnya boleh bertemu. Ok, masing-masing punya pendapat. Jika korang nak tengok dipersilakan dan bagi pendapat pada kawan-kawan anda. 

p/s: Masuk minggu ni dah 2 kali aku tengok wayang. Kaki wayang betul.

Sunday, 3 February 2013

Bullet to the Head - Kena kat kepala kau


Ok, selamba je aku update entri kedua pada hari yang sama. Yang bezanya adalah entri Mama tu update pada waktu siang hari dan entri pada kali ini di-update pada waktu malam ditemani hujan renyai-renyai (memang tempat aku tengah hujan).  Macam tak percaya je. Ok, petang tadi aku dah bantai habis main bola di waktu hujan. Memang seronok sebab dah lama tak main hujan. 2 in 1. Main bola sambil main hujan. Kalau aku main hujan karang ada pulak orang mengumpat aku. Dah tua bangka pun main hujan lagi. Tapi apa aku kisah. Janji aku bahagia. 

Aku bukan nak cerita pasal main hujan atau main bola atau apa-apa saja. Kali ini aku nak cerita pada korang semua tentang filem peluru kena pada kepala ni atau Bullets to the Head. Pelakonnya adalah hero tentera 'Rambo' iaitu Sylvester Stallone. Terbelit-belit lidah aku nak menyebut nama pelakon ni. Apa pendapat aku berkenaan dengan filem ini? Pendapat aku filem ini biasa-biasa je. Itulah aku punya komen tentang filem ini. Aku dapat teka jalan ceritanya. Anak Jimmy Bobo (Sylvester Stallone) iaitu Lisa diculik oleh orang yang diupah oleh orang jahat (sudah tentu kena ada orang jahat. Kalau tak macam mana ada orang baik) sebab orang jahat tu nak pendrive yang ada kat Bobo tu. Korang pun tahu kan macam mana gaya si Sylvester a.k.a Rambo ni bercakap. Cakap gaya otai gila. Bajet samseng lah macam tu. Sama je gaya dalam filem Rambo dan The Expendables. Cakap dengan gaya yang berlagak. Bla bla bla bla (suara yang kasar).

Dan seperti biasalah, si Jimmy Bobo (macam nama anak buah aku pulak) ni pun selamatkan anak dia ni. Jumpa di tempat dijanjikan. Diberi amaran jangan bawak polis atau senjata.  Adalah seorang polis ni bersekongkol dengan geng jahat ni. Pada masa yang sama, Jimmy ni berkerja sama dengan Taylor Kwon (lakonan Sung Kang yang berlakon dalam Tokyo Drift) bagi mencari jawapan dalam merungkai misteri kematian beberapa orang di kawasannya. Dah jumpa lepas tu berlakulah pergaduhan dan yang menang sudah tentu yang hero tu. Dan, tamat. Itu sahaja jalan ceritanya. Hm bosan kan.

Aku hanya duduk terdiam tanpa berkata apa-apa. Mungkin bosan dengan jalan cerita yang mudah diteka tu. Selepas tamat cerita tu, aku berjalan keluar dan perkataan pertama yang keluar dari mulut aku adalah 'Bosan'. Well, masing-masing punya citarasa. Kalau korang kata best, bestlah bagi korang. Bagi aku, ia amat membosankan. Kalau nak tengok dipersilakan. Masing-masing punya hak.

p/s: Bla bla bla bla bla. 

Saturday, 2 February 2013

MAMA - A Mother's Love is Forever



Wah, barulah aku sempat nak update entri pada hari ini. Kesibukkan membuatkan aku tiada masa untuk update blog aku ni. Untuk pengetahuan korang semua, pada hari rabu (30/01/2013) aku kena hantar tunang aku ke Intan, Bukit Kiara untuk mengambil peperiksaan.  Peperiksaan apa yang si dia ambil, itu aku tak tau.   Of courselah jika dah jadi penjawat awam kenalah ambil beberapa peperiksaan wajib untuk mengesahkan anda dalam perkhidmatan. Aku pun ada jugak ambil peperiksaan tapi 2 kali kandas sebab kali pertama of courselah sebab memang kandas dan kali kedua tu aku gagal kerana tak menghadiri peperiksaan. Sebabnya, aku tak bawa kasut pejabat berwarna hitam. Dalam kereta aku ada kasut Nike. Nak pakai kasut Nike ke dalam dewan peperiksaan? Memang tak lah sebab awal-awal memang dah reject. Sebab-sebab kenapa aku tak bawak kasut hitam tu ada sebabnya. Nantilah aku update pada lain kali.

Berbalik pada tunang aku tadi. Pagi-pagi kami dah standby nak gerak ke Bukit Kiara. Mujurlah ada Maps kat telefon Samsung Galaxy Y aku (thank to my smartphone) yang terkena air tu. Bolehlah aku ikut navigasinya. Tak lah susah sangat nak cari jalannya. Yang susahnya sudah tentu keadaan kesesakan jalan raya tu. Memang jammed teruk gila. Dalam keadaan begini, kesabaran paling penting. Kalau tak sabar, dah lama aku maki-hamun orang lain.  Normallah jika orang bawak kereta kat luar memang baik gila. Dia akan berubah jadi hulk bila dah masuk dalam kereta. Terus berubah watak dia yang mulanya alim-alim belaka jadi marah yang amat marah macam Hulk. Kerap juga aku terlajak tapi sempat lah jugak aku perasan. Jalan bersimpang-siur dan berlintang-pukang.  Orang bawa kereta pun lintang-pukang juga. Alhamdullillah berkat kesabaran aku dapat juga sampai ke tempat dituju. Siap tunang aku bagi hi-5 tangan kat aku.  Well, biasalah. Abg Rizuan. Memang senang nak jumpa tempatnya. Aku tunggu dalam sejam. Dia pulak duduk dalam dewan peperiksaan bertungkus lumus menjawab soalan-soalan pecah kepala tu.  Alhamdullillah dia lulus. Tak sia-sia aku hantar dia. Berbaloi-baloi. Dia pun ada cakap kat aku yang dia nak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan-soalan pecah kepala tu. aku faham dia faham aku. Dia nak balas pengorbanan aku drive kereta jauh-jauh dan penuh kesabaran ni. Woho!

Selepas dia tersenyum lebar sampai ke telinga, kami pun terus ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang.  Perjalanan balik mula mudah dan lancar. Sampai ke destinasi dituju tu, perut pun dah keroncong. Sebelum tu kami kena beli tiket filem MAMA dulu barulah kami melantak makan nasi campur kat Foodcourt Arena. Bukan Arena Bola Sepak ye.  Filem Mama memang aku dah lama nak tengok.  Menonton thrillernya pun dah seram. Apatah lagi tengok full movienya.  Fuh, memang seram tahap sampai tutup matalah.  Tunang sebelah aku ni pulak tak habis-habis menjerit terpekik.  Mujurlah tak ramai orang dalam tu.  Jadi, sesiapa nak berhajat nak tengok filem Mama ni kena lah kuat semangat dan tak mudah terkencing dalam seluar. Aku tak kencing dalam seluar, aku kencing kat dalam tandas. hehe. 

Filem Mama ni mengisahkan dua kanak-kanak bernama Victoria (usia dalam lingkungan 5 tahun) dan Lily (3 tahun macam tu lah) tak disengajakan dibawa bapa mereka selepas berlakunya kemalangan di jalan raya. Bapa dia ni dah bunuh mak dia. Jadi, bapa dia ni bawaklah dua orang anaknya ke arah yang tak pasti mana nak dituju tu. Bapa dia ni sedih kerana bunuh isteri dia. Semasa dia nak bunuh Victoria dengan mengacu pistol ke arah belakang kepalanya, tiba-tiba dia telah dibunuh orang lembaga perempuan yang terbang. Sampai 5 tahun budak-budak tu lepak kat situ. Mesti terfikirkan macam mana budak-budak tu makan.  Lembaga perempuan itulah yang bagi dia makan. Makan apa? Makan buah cheri. 

Tempoh 5 tahun memang lama. Selama itulah lembaga perempuan tu jaga budak-budak ni sampailah satu masa 2 orang lelaki yang diupah oleh pak cik kanak-kanak tu terjumpa rumah tu dan dengan beraninya diorang masuk ke dalam rumah tu. Kat dalam tu lah diorang terjumpa 2 orang budak jalan merangkak. Memang seram. Budak-budak ni pun dibawa ke rumah pak ciknya. Pada masa tu lah pelbagai kejadian seram. Lembaga tu ikut budak-budak tu kot. Siap-siap boleh bermain lagi. Aku pulak tutup mata bila babak-babak lembaga tu nak serang perempuan yang jaga budak-budak ni. Akhir sekali (dah penat nak taip) Victoria ikut pak cik manakala adiknya ikut lembaga tu (hantu pun boleh).  Biasalah, budak Lily tu kecik-kecik lagi jarang jumpa maknya. Hantu tulah maknya. Sebab tu dia asyik panggil mama je. Memang seram cerita ni. Rasanya fan-fan yang suka cerita seram ni tak rugi tengok pun. Aku bagi 5 bintang untuk filem ni. 

Oklah, jari aku dah penat nak menaip. Aku nak makan maggi jap. Wala,dah kembang dan lembut maggi aku. Inilah padahnya jika aku dah mengadap komputer ni memang dah lupa maggi yang aku buat tadi. Terpaksalah aku makan roti je. Kenyang jugak. 

P/S: Untuk korang, aku ni memang kaki wayang sikit. Jadi, aku kerap update tentang filem-filem yang aku tengok. Nak cerita pasal filem 'Bullet to the Head' tapi nanti-nantilah. Sibuk ni.