Siapa yang tak kenal Nico, kumpulan Rap dan G-Funk yang popular sekitar tahun 90-an yang popular dengan lagu 'Inilah Nasibku' dulu. Kumpulan ini sezaman dengan kumpulan 4U2C (AC Mizal si Penjual Gelang Magnet ahli kumpulan ini),kumpulan Kool (lagu popularnya 'Bebas') dan kumpulan popular yang mampu bertahan sehingga kini, KRU. Bagi budak-budak sekarang memang diorang tak akan kenal kumpulan ini. Ye la, dorang hanya kenal Too Phat, Ahli Fiqir, One Nation Emcess dan lain-lain kumpulan lagi. Well, no wonder la budak-budak sekarang tak kenal dengan kumpulan Nico ni. Kemungkinan ahli kumpulan Nico setaraf dengan mak bapak dorang. Bukan dorang tak tahu yang mak bapak dorang pun layan lagu dari kumpulan ini dulu.
Well, sebelum aku membebel tak tentu pasal. Meh kita kenal-kenal ahli kumpulan Nico ni dulu. Kumpulan Nico atau Network International Chicanos Organisation (NICO) dianggotai oleh Abdul Fashah Abdul Aziz juga dikenali sebagai Nico, Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan juga Shah Rosli (Dino). Kumpulan yang dianggotai hanya 3 ahli ini hanya mampu merakam 3 buah album sahaja iaitu Buatan Los Angeles (Made in Los Angeles,1993), Realiti (1995) dan Alamak! (1996). Selepas itu, mereka mula senyap dari dunia hiburan tanah air kita. Mereka muncul kembali pada tahun 2003 dengan hanya Nico dan seorang ahli baru iaitu Ezad yang muncul dan berjaya merakam sebuah album bertajuk Ops Kecoh. Selepas itu,mereka senyap semula dari arus industri muzik tanah air kita. Adoi, macam biskut lah kumpulan Nico ni. Percayalah sekejap lagi memang macam biskut kejap muncul, kejap senyap balik.
Sekarang, dorang muncul semula (ha, kan macam biskut) pada hujung tahun 2012 but dorang bergabung dengan kumpulan lain iaitu Shades, Kool dan AtoZ dan dikenali sebagai GX4 (Generation X 4). Dan dorang yang bertaraf bapak-bapak korang ni ada membuat comeback dengan membuat persembahan di AIM 19 baru-baru ini.
Semoga gabungan mereka ini tidak menjadi seperti biskut pula selepas ini.hihi. Well, sebelum aku nak tamatkan entri di sini, aku nak bagi link untuk korang download lagu kumpulan Nico 'Inilah Nasibku' ni.
Download : Inilah Nasibku
Kalau nak menyanyi kalau tak ada lirik pun tak syok gak. Nak jugak rapping-rapping mulut terkumat-kamit terbelit-belit. Meh aku bagi lirik sekali.
Lirik Lagu Inilah Nasibku -Nico
Aku Nico nak cerita
Cerita rapper muda di kota
Umur muda mahu bercinta
Sampai hidupnya porak peranda
Siang malam menangis memekak
Sampai mata dah naik bengkak
Macam orang hilang isteri anak
Menyusahkan ibu dan bapak
Malasnya ke sekolah
Guru Besar sudah naik marah
Ini menambahkan masalah
Sudah ingat nak lari rumah
Minta duit nak beli buku
Kononnya nak baik dengan guru
Orang tua nya tak-tak tahu
Yang anaknya kaki penipu
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Mulalah ingat nak seronok
Dah lama terasa kekok
Sebab dah pandai beli rokok
Sampai perangai tak dapat sorok
Hari hari makin gelisah
Sebab terjebak dengan dadah
Sehingga dirinya membawa padah
Sampai mak bapa dah naik susah
Makan minum tak menentu
Tiada siapa yang ambil tahu
Hidup macam batang kayu
Hanya diam duduk mem-membisu
Dengan berkat doa selalu
Hanya tuhan yang-yang tahu
Agar aku dapat restu
Untuk mulakan hidup yang baru
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Cerita ini bukan tipu (Hei)
Cerita ini pernah berlaku
Ini nasihat aku bagitahu
Agar kamu tahu satu per satu
Inilah kisah kehidupan
Janganlah kita sia sia kan
Cerita ini jadikan tauladan
Inilah hanya satu peringatan
Cerita rapper muda di kota
Umur muda mahu bercinta
Sampai hidupnya porak peranda
Siang malam menangis memekak
Sampai mata dah naik bengkak
Macam orang hilang isteri anak
Menyusahkan ibu dan bapak
Malasnya ke sekolah
Guru Besar sudah naik marah
Ini menambahkan masalah
Sudah ingat nak lari rumah
Minta duit nak beli buku
Kononnya nak baik dengan guru
Orang tua nya tak-tak tahu
Yang anaknya kaki penipu
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Mulalah ingat nak seronok
Dah lama terasa kekok
Sebab dah pandai beli rokok
Sampai perangai tak dapat sorok
Hari hari makin gelisah
Sebab terjebak dengan dadah
Sehingga dirinya membawa padah
Sampai mak bapa dah naik susah
Makan minum tak menentu
Tiada siapa yang ambil tahu
Hidup macam batang kayu
Hanya diam duduk mem-membisu
Dengan berkat doa selalu
Hanya tuhan yang-yang tahu
Agar aku dapat restu
Untuk mulakan hidup yang baru
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Cerita ini bukan tipu (Hei)
Cerita ini pernah berlaku
Ini nasihat aku bagitahu
Agar kamu tahu satu per satu
Inilah kisah kehidupan
Janganlah kita sia sia kan
Cerita ini jadikan tauladan
Inilah hanya satu peringatan
Ok. Hope korang boleh menyanyi rapping laju-laju.
No comments:
Post a Comment