Petang semalam aku hantar my sis dan anak2nya balik ke Dengkil. Actually diorang memang dah lama berkampung kat rumah mak since hari isnin lagi.Of course anak-anak buah aku cuti sekolah. Jadi untuk mengubah selera tempat tinggal maka diorang lepak kejap kat rumah mak aku(and then, mak atau nenek dia jugak)
Sebelum hantar dia tadi,telefon pintar Samsung Galaxy Y aku terpadam gara-gara gatal tangan bawa masuk ke dalam bilik air. Bukan takut ada orang baca mesej aku atau pedajal guna kredit aku telefon skandal diorang kat telefon tu cuma aku tak suka berenggang dengan telefon kesayangan aku ni. hihi.. Habis telefon aku masuk air. Kalaulah telefon Samsung Galaxy Y ni anti-kalis air, confirm aku campak dalam kolah air lama-lama. Tapi, itulah Samsung. Ada juga kelemahannya walaupun aku tahu Sony Xperia Go is the good choice untuk anti-kalis air. C'mon lah Samsung, buatlah telefon Samsung Anti-Kalis air. Buat demo depan kedai Samsung ramai-ramai tanda mogok,haha.
Alahai, memang tak boleh on lagi telefon ni. Aku pun dah lapkan air tu dengan kain kering tapi ia tak membantu langsung untuk menyelamatkan telefon aku yang tinggal nyawa-nyawa ikan masin ni. Even aku dah cucuk dengan charger its also tak boleh on jugak. Ah, sudah. memang tak boleh diselamatkan lagi. Lastly, aku ambik simcard dan aku guna telefon nokia cap ayam. sampai bila aku nak guna telefon cap ayam itik serati ni, itu mungkin sampai tahun depan.
No comments:
Post a Comment