Showing posts with label Lirik. Show all posts
Showing posts with label Lirik. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

Review: NICO - Kumpulan Rap Melayu

Siapa yang tak kenal Nico, kumpulan Rap dan G-Funk yang popular sekitar tahun 90-an yang popular dengan lagu 'Inilah Nasibku' dulu.  Kumpulan ini sezaman dengan kumpulan 4U2C (AC Mizal si Penjual Gelang Magnet ahli kumpulan ini),kumpulan Kool (lagu popularnya 'Bebas') dan kumpulan popular yang mampu bertahan sehingga kini, KRU. Bagi budak-budak sekarang memang diorang tak akan kenal kumpulan ini.  Ye la, dorang hanya kenal Too Phat, Ahli Fiqir, One Nation Emcess dan lain-lain kumpulan lagi. Well, no wonder la budak-budak sekarang tak kenal dengan kumpulan Nico ni.  Kemungkinan ahli kumpulan Nico setaraf dengan mak bapak dorang. Bukan dorang tak tahu yang mak bapak dorang pun layan lagu dari kumpulan ini dulu.



Well, sebelum aku membebel tak tentu pasal. Meh kita kenal-kenal ahli kumpulan Nico ni dulu.  Kumpulan Nico atau Network International Chicanos Organisation (NICO) dianggotai oleh Abdul Fashah Abdul Aziz juga dikenali sebagai Nico, Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan juga Shah Rosli (Dino).  Kumpulan yang dianggotai hanya 3 ahli ini hanya mampu merakam 3 buah album sahaja iaitu Buatan Los Angeles (Made in Los Angeles,1993), Realiti (1995) dan Alamak! (1996). Selepas itu, mereka mula senyap dari dunia hiburan tanah air kita. Mereka muncul kembali pada tahun 2003 dengan hanya Nico dan seorang ahli baru iaitu Ezad yang muncul dan berjaya merakam sebuah album bertajuk Ops Kecoh. Selepas itu,mereka senyap semula dari arus industri muzik tanah air kita. Adoi, macam biskut lah kumpulan Nico ni.  Percayalah sekejap lagi memang macam biskut kejap muncul, kejap senyap balik.

Sekarang, dorang muncul semula (ha, kan macam biskut) pada hujung tahun 2012 but dorang bergabung dengan kumpulan lain iaitu Shades, Kool dan AtoZ dan dikenali sebagai GX4 (Generation X 4). Dan dorang yang bertaraf bapak-bapak korang ni ada membuat comeback dengan membuat persembahan di AIM 19 baru-baru ini. 


Semoga gabungan mereka ini tidak menjadi seperti biskut pula selepas ini.hihi. Well, sebelum aku nak tamatkan entri di sini, aku nak bagi link untuk korang download lagu kumpulan Nico 'Inilah Nasibku' ni. 

Download : Inilah Nasibku

Kalau nak menyanyi kalau tak ada lirik pun tak syok gak. Nak jugak rapping-rapping mulut terkumat-kamit terbelit-belit. Meh aku bagi lirik sekali. 

Lirik Lagu Inilah Nasibku -Nico

Aku Nico nak cerita
Cerita rapper muda di kota
Umur muda mahu bercinta
Sampai hidupnya porak peranda

Siang malam menangis memekak
Sampai mata dah naik bengkak
Macam orang hilang isteri anak
Menyusahkan ibu dan bapak

Malasnya ke sekolah
Guru Besar sudah naik marah
Ini menambahkan masalah
Sudah ingat nak lari rumah

Minta duit nak beli buku
Kononnya nak baik dengan guru
Orang tua nya tak-tak tahu
Yang anaknya kaki penipu

Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku

Mulalah ingat nak seronok
Dah lama terasa kekok
Sebab dah pandai beli rokok
Sampai perangai tak dapat sorok

Hari hari makin gelisah
Sebab terjebak dengan dadah
Sehingga dirinya membawa padah
Sampai mak bapa dah naik susah

Makan minum tak menentu
Tiada siapa yang ambil tahu
Hidup macam batang kayu
Hanya diam duduk mem-membisu

Dengan berkat doa selalu
Hanya tuhan yang-yang tahu
Agar aku dapat restu
Untuk mulakan hidup yang baru

Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku

Cerita ini bukan tipu (Hei)
Cerita ini pernah berlaku
Ini nasihat aku bagitahu
Agar kamu tahu satu per satu

Inilah kisah kehidupan
Janganlah kita sia sia kan
Cerita ini jadikan tauladan
Inilah hanya satu peringatan


Ok. Hope korang boleh menyanyi rapping laju-laju. 

Friday, 4 January 2013

Apo Kono Eh Jang?

Apo kono eh den ni ha minat pulok lagu ni ha? Eh cakap orang Negeri Sembilan pulak. haha.  Ok, cakap orang Selangor. Entah kenapa aku minat pulak dengar lagu ni.  Dulu ada jugak dengar lagu ni cuma rapping-rapping dari AC Mizal penjual gelang magnet je yang tak ada.  Apo Kono Eh Jang?  

Oh yeah.  Ini entri pertama untuk tahun 2013.  Selamat Tahun Baru buat semua kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara-saudari, pak cik-pak cik, mak cik-mak cik, awek-awek (ops!) dan semua sekali lah yang sudi terjah blog aku ni.  Trimas semua. Aku tak tengok pertunjukkan bunga api pun.  Malas lah aku. Aku bantai tidur kat rumah je. :)

Mula balik. Apo Kono Eh Jang?. Sebenarnya lagu ini ada 2 versi.  Pertama, versi tradisional Negeri Sembilan dan kedua versi Rapping. Pertama kali aku mendengar lagu ini memang aku teruja.  Sebab apa? Sebab loghat nogorinya sampai ke rapping pun nyanyi dalam loghat nogori.  Bangga jugak sebab ada juga rentak muzik begini walaupun aku ni bukan orang negeri sembilan.  Tak kisahkan.  Yang penting kita sama-sama menyokong muzik orang tempatan. Ni tak asyik lagu dari seberang je.  Bosan.

Ni ha aku dah sediakan lagu dan liriknya sekali.  Korang nyanyilah puas-puas ye. Aku tak marah pun. :)



Apo Kono Eh Jang - Rafidah Ibrahim feat Ac Mizal

Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo
Siaplah jang oi
Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

Listen up
Listen up
Listen up

[AC Mizal] Rap:
Apo kono eh jang, tengoh malam telanjang
Eh ko dah bosar panjang
Napo duduk tolontang
Polik bonar bunyi ae
Macam da tak perlu hei
Tapi cubo ko dongar, ini pokaro bonar
ko tongah Ko topi kobau ko pon dah mati
Korek tanah masuk lai dokek Kuala Pilah
Eh ko tengok muko dulu muko ko pon dah bebulu
Poi cukur la dulu, badan ko bau lombu

Chorus:
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghosa
Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Apo kono eh jang, apo dikonang

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

Listen up
Listen up

[AC Mizal] Rap:
Dah den kobar an dulu
Dongarlah cakap cikgu
Banyak-banyak membaco
Bosar nanti bojayo
Cordik macam anak tok wan
Sobolum jadik kayo, jangan malas bokojo
Kono kuek osoho
Masak lomak cili api, minum kopi, cicah roti
kocik pogi mongaji bosar jadi montori
Eden ado berposan janganlah ketinggalan
Hidup ado panduan Al-quran jadi pongangan

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den

[Ulang Chorus]

Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kito mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

Apo kono eh jang, apo dikonang

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

Asik tekonang merano badan
Asik tekonang merano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Apo kono eh jang, apo dikonang
Ooooo...


Selamat Berhibur!