Cuaca mendung di luar membuatkan ku terasa ingin tidur, hujan mula turun, Gerimis. Kerinduan pada kekasih hati mula terasa. Biar pun kami berjauhan, tetapi cinta kita tetap teguh. Oh jiwangnya. Tetapi sekarang aku lebih terasa. Terasa perutku sangat lapar. Kosong. Lalu aku menjenguk dapur di rumah aku. Ternampak kerang. Tiba-tiba timbul idea untuk memasak. Hm jenis masakan apa yang perlu aku buat dengan kerang ini ye?. Terlintas nak masak sambal kerang. Tangan aku mula menaip di keyboard mencari resepi cara-cara membuat sambal kerang di internet. Ha, dah jumpa. Maka, bermulalah epik sebuah kehidupan untuk memasak SAMBAL KERANG. wahaha.
Sebelum nak memasak, kita kena sediakan bahan-bahannya. Dah tentu kena ada kerang kan. haha. Jadi ini bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 2 kg kerang (kenalah cuci dulu dan kopek)
- 1 1/2 cawan cili kering* (30 tangkai cili kering. Perlu direbus dengan air panas)
- 1 labu bawang besar*
- 5 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- Sedikit belacan*
- 1 biji bawang besar- kena dihiris-hiris
- 1/2 cawan asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak untuk menumis
Tanda (*), bahan-bahannya perlu dikisar
Cara-cara Memasaknya
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak masak dan masukkan bawang besar yang dihiris tadi
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga terbit minyak
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Api perlu dalam keadaan sederhana
- Akhir sekali, masukkan kerang
- Kacau sebati. Rasakan. Jika rasa sudah ok, bolehlah angkat.
D.I.Y
Perkara pertama yang perlu aku buat adalah aku perlu rebus kerang ini. Selepas rebus, proses mengopek pun bermula. Pada masa yang sama, aku rendam cili kering dengan air panas. Selepas selesai mengopek kerang, aku pun menumbuk cili kering yang direndam dengan air panas tadi. Sori, rumah aku tak ada mesin pengisar. Jadi, aku hanya menggunakan alat tradisional iaitu lesung untuk menumbuk cili kering. Well, aku duduk kampung jadi 100% peralatan yang aku guna adalah peralatan tradisional. Lagi adventure. Selepas itu, aku menumbuk muka kawan aku yang sibuk ajak aku keluar. Haha. Just kidding. Aku pun menumbuk bawang besar, bawang merah, bawang putih dan juga belacan. Dan juga aku buat air asam jawa. Mesti terangkat ni.
Bahan-bahan |
Maka,kerja-kerja memasak pula bermula. Aku ikut langkah-langkah seperti berikut. Senang je nak masak sambal kerang. Bukan susah sangat pun. Yang menyusahkan tu adalah sikap malas nak masak tu. Kalau malas tak kenyang lah perut :). Bila semua dah masukkan, kerang semua apa bagai, bolehlah angkat dan masukkan kat mangkuk ye. And then, bolehlah menjamu selera.
Selamat mencuba!
Ok sekarang boleh sambung mengelamun dengan ayat-ayat jiwang tadi ye. Diri mu bagaikan bintang di angkasa, sentiasa berkelipan, sentiasa bercahaya. Dikaulah pujaan hati ku. Oh kekasihku. :)
hahaha..nie baru betol2 resepi masakkan ku bersama Mr Google..haha
ReplyDeletebtw..hope so..kerang tu sedap lah..haha- peace!
boleh lah tahan sedapnya. hehe.. masakan orang bujang. Sy bkn Chef Wan atau Chef Riz. Sayalah chef utk bakal org rumah. hihi
Deletehaha..bgus2..practise make perfect.
ReplyDeletelelaki zaman sekarang kena pandai berdikari..hoho
yang berat sama dipikul yg ringan same di jinjing..hoho
Well, sy dah diasuh agar sentiasa berdikari. basuh baju sndri,masak sendiri. if not, smpai bila2 lah sy bergantung pada orang lain.
Delete