Friday 22 March 2013

Kereta Proton Mengaum. RM400 terbang

Kereta Proton bukannya harimau untuk mengaum. Bukan mengaum seperti auman bunyi harimau itu. Bunyi mengaum itu datangnya dari bunyi kereta aku. Sudah hampir 5 bulan aku mendengar bunyi auman ini. Bila nak potong kenderaan depan dan tukar gear rendah, memang jelas bunyi mengaum itu kuat. Apabila aku tekan pedal minyak dengan sekuat hati, memang jelas bunyi auman itu. Aku sebagai pemilik tetap kereta ini memang terasa sakit hatinya. Dahlah tak dapat potong kereta, lori di depan, bunyi auman ini juga menyakitkan hati aku.

Aku bertanya pada kawan-kawan aku apa sebabnya bunyi mengaum itu. As result, dorang kata mungkin clutch plate dah habis. Aku pun hantar ke kedai workshop dan bertanya pada mekanik kedai workshop itu. Oh man, mekanik kata memang clutch plate problem. Dah sampai alang-alang baik tukar terus. Kalau aku tak repair alamatnya tersadailah kereta aku kat tepi jalan. 

Aku tanya bila boleh siap. Dorang kata mungkin petang boleh siap. Bagi aku, biar lambat siap pun tak apa, asalkan kerja bagus. Jangan lambat siap tapi tak buat apa-apa langsung atau bertangguh-tangguh kerjanya. Kalau cina kita kata nak siap cepat memang dorang akan kata 'Boleh' dengan penuh yakin tapi (ada tapinya), jangan korang nak melenting pulak kalau ada skru tercabut ke, bumper tercabut ke, memang salahnya dari korang sebab nak cepat siap. Biar lambat, perlahan-lahan asalkan kualiti kerja itu bagus. 

Jadi, dorang pun mulakan sesi membuka segala apa bagai kat enjin kereta aku tu. Aku tengok dari jauh gitu. Dan dorang pun tunjukkan pada aku bagaimana clutch plate itu. Memang rosak habis. Jadi memang nak kena tukar, bukan memang je, wajib tukar terus!. 


Its seem memang perlu ditukar. Memang rosak habis. Dan aku juga akan bakal habis. Habis wang. Sob sob sedih sedih. RM400 terbang begitu sahaja demi memanjangkan hayat kereta aku ni. Selepas aku pandu, memang terasa lain. Bukan potong kereta atau lori je, kalau ada kereta api kat depan aku, aku dengan konfiden akan potong dengan kelajuan 80km/j. haha. Bangga bangga. Terasa diriku angkuh sekejap. Kalau dulu nak capai 100km/j pun memang tak lah. Kerat ibu jari kaki kiri kawan aku lah boleh capai. Tapi sekarang, 120km/j pun boleh capai. Bangga bangga. 

p/s: Bangga bangga jugak, jangan lupa hutang kereta perlu dibayar tiap-tiap bulan.  





5 comments:

  1. Assalam. . Proton ap tu boss??

    ReplyDelete
  2. bro, mana u pasang ini clutch rm400? clutch aq pon dah wore off

    ReplyDelete
  3. kereta saya pula semput bila nk mula dari gear 1...jerking..cek kt proton rupanya intake manifold problem...plate filter kawal angin patah...sehingga jumpa pomen yg bagus.. modal rm315 je...mmg dia pakar manifold...kereta jadi pickup semula...klu kt proton mmg kena rm800 ke ats

    ReplyDelete
  4. Murahnya RM400 je.. Saya pernah buat proton Saga 1st model punya tukar clutch plate je RM600.

    ReplyDelete