Monday 25 March 2013

Mula beralih ke blog berdomain sendiri


Akhirnya, aku berjaya mencapai impian untuk memiliki blog berdomain sendiri. Selama ini, aku hanya menggunakan blog berdomain nama panjang dot panjang  panjang dot com(sikambing.blogspot.com). Bukan menidakkan jasa Blogspot. Blogspot telah banyak membantu aku dalam mengenali apa itu blog. Macam kita belajar di suatu kolej sampailah kita dapat menempuhi alam pekerjaan di mana kita kena bangun awal pagi, kita tetap akan ingat di mana kita berasal. Begitu juga diri aku. 

Maknanya, aku telah beralih dari platform blogger ke wordpress. Pengalaman aku selama aku mengendali blogspot memang amat berharga. Dah banyak blog aku bina (rahsia nama blog -blog tu) mengikut tema blog itu sendiri. Jika tema blog ini adalah blog peribadi, blog di sana juga blog peribadi cuma dipisahkan platform je. Jangan sedih dan jangan menangis, aku tetap buka blogspot juga. 

Jika dilihat blog berdomain sendiri ini tentu korang terlintas webhosting mana yang menjadi pilihan pujaan hati ku ni? Untuk blog wordpress ni, aku pakai serverfreak sebagai webhosting aku. Harga memang berpatutan iaitu RM80 setahun. Mahal? Setahun je bro. Topup sampai berpuluh-puluh, topup awek boleh je, kenapa nak keluarkan duit sebanyak RM80 tak boleh bro. Apa lah sangat harganya jika dibandingkan ilmu yang bakal korang dapat nanti. Setiap ilmu yang kita nak perolehi mesti melakukan sedikit pergorbanan dari segi wang, masa dan tenaga. Nak buat blog kenalah buat sedikit pelaburan. Sama juga kita nak buat nasi goreng, kenalah ada bahan-bahannya. Mana nak dapat bahan-bahannya? Kenalah beli ke pasar raya, pasar malam atau pasar mana-mana lah. Suka hati lah nak beli kat mana. Jangan beli kat kedai workshop sudahlah. 

Jika sesiapa yang nak masuk blog aku bolehlah terus ke site ini www.rrizuan.com. Jika ada, adalah. Kalau tak ada tu, tak adalah. Buat apa nak tercongok-congok terkebil-kebil mata memikirkan kenapa blog aku tak boleh masuk. Buat masa sekarang ini 25/03 serverfreak tengah godek2 nak buat webhosting aku. Masuk lain kali je. Tiga bulan kemudian ke. hihi. 

Psss: Korang bila lagi nak blog berdomain + hosting sendiri?



No comments:

Post a Comment