Monday, 9 November 2015

Celaka Apple

Kahkah.

Celaka punya Apple. Harga iPhone 6s dah boleh beli motor EX5 sebiji.

Jadi sekarang ni kau nak beli motor ke iPhone?

Ok bye! kahkah

Monday, 17 August 2015

Tak Update Tak Bermaksud Tiada

Pergh dah hampir setahun aku tak update blog ni. Bersawang dan berhabuk. Pakej sekali. Hm apa aku nak update ye. 

Ok nak kasi panas sikit. Aku pelik dengan user iPhone 6 ni. Beli iPhone 6 lepas tu nak kasi ia nampak tebal kau pun belilah casing. Aku tak faham betul dengan Tim Cook ni kenapa mereka bentuk nipis macam tu. Ikut citarasa aku ni. Aku nak iPhone tu tebal. Kalau nipis nanti mudah bengkok kau tau tak. 

Menyusahkan orang betul. 

Apa pun hidup Apple!

Sunday, 21 September 2014

Quick Reply di iOS 8

Salah satu kelebihan yang ada pada iOS 8 adalah Quick Reply. Korang malas nak masuk ke Message untuk membaca mesej masuk? Korang malas nak buang masa nak kena tutup aplikasi lain semata-mata untuk membalas mesej? Korang sibuk membaca entri blog nurizuan.blogspot dan tak mahu ketinggalan membaca entri? Mungkin dengan kelebihan Quick Reply amat membantu korang. 

Sebab apa? Sebab dengan kelebihan Quick Reply ni korang hanya perlu membalas mesej di Notifications Center je. Tak perlu nak tutup aplikasi lain semata-mata hanya untuk membaca serta membalas mesej. Semua itu buang masa. 


Ha nampak tak? Cuma tarik sikit ke bawah maka muncullah kotak kosong untuk menaip mesej serta ada ayat Send. Senang bukan? 

Jadi tunggu apa lagi. Tukarlah smartphone korang ke iPhone. Lenobo, Samseng dan Nokia Mumia boleh  tolak ke tepi. Mohon jeles dari jauh. 

Wednesday, 12 March 2014

iOS 7.1

Apple baru je mengeluarkan kemaskini iOS 7.1 yang terbaru. Rasanya semua pengguna iPhone & iPad dah update kot. 

Terdapat beberapa perubahan telah dilakukan pada iOS 7.1 ni.
 
Bahagian Keypad

Sebelum 


Selepas



Aku suka kemaskini yang terbaru ni. Macam comel je ada butang Call/End tu.

 
Slide to Power Off. Lagi baik dari yang sebelum ni.

Bahagian Keyboard

Sebelum


Selepas


Bahagian keyboard pula nampaknya ada perubahan pada font dari yang sebelum ni. Yang terbaru semua font qwerty adalah bold. Rasanya lebih friendly.

Apa pun korang dah update ke? :)
 

Tuesday, 4 February 2014

Nokia Lumia 620?



Nokia Lumia 620 tak best. Aku punya sukalah. Aku memang tak suka pun. No instagram. Hampeh. Ok bye.

Saturday, 18 January 2014

Konsep iPhone 6

Konsep iPhone 6 oleh Alex Casabo

Ini merupakan konsep iPhone 6 yang cuba dibangunkan oleh seorang Product Design Engineer iaitu Alex Casabo. Memang nampak menarik kerana ia menggunakan cip A8 berbanding iPhone 5S yang menggunakan cip A7. Manakala sistem pengoperasiannya (OS) pula adalah iOS 7.2 (yang terkini iOS 7.1.4). 









Reka bentuk terbaru dimana kameranya berada di tengah berbanding iPhone sebelum ni. 

So, tunggu je la design terbaru iPhone 6 ni macam mana. Sesiapa yang ada niat nak beli bolehlah kumpul duit dari sekarang. 


Thursday, 16 January 2014

iPad?

Seperti kita sedia maklum, produk keluaran Apple iaitu iPad memang produk panas di pasaran. Setiap pengguna memang teringin nak memiliki iPad. Pengguna barang Apple tahu apa yang menarik pada iPad kan.


Yang terbaru iPad Air yang terlebih nipis manakala iPad Mini Retina Display yang lebih cantik paparannya berbanding dengan .iPad Mini. 



Cantik bukan? Memang terbaik. Tapi gambar yang seterusnya ni memang terbaik lagi terbaik dari iPad. 


Ha kau. Dapat Eye Pad. Ni dah macam mana ni. Kena tipu. Kotak nampak cantik je tapi dalam bukan iPad yang diidamkan. Orang kalau kerana duit sanggup buat apa je janji dapat duit. Ni lah hasilnya. Kalau nak beli iPad sebaiknya beli kat Authorize Reseller seperti Machine atau beli je secara online kat Apple Store. Anda akan dapat barang yang anda inginkan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...