Thursday 21 March 2013

Apa yang menarik pada Nokia Lumia 620?

Apa yang menarik pada Nokia Lumia? Jenamanya kah? OS-nya kah? Reka bentuknya kah? Atau harganya kah?

Kekuatan Nokia Lumia terletak pada huruf Lam iaitu L. Kalau Lam ditukar kepada huruf Mim jadinya adalah MUMIA. haha. Tak lawak.

Nokia Lumia 620 ber-OS-kan Windows Phone 8 dan dipacukan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz Qualcamm Snapdragon S4, memori 512Mb RAM dan mempunyai 5MP kamera depan dan belakang. Ia juga menyokong NFC serta ruang storan tambahan iaitu slot kad memori. Sudah pasti, kad sim anda akan dikecilkan menjadi mikro-sim.

Perlu diingatkan bahawa jika korang nak beli telefon pintar yang sistem pemprosesnya  berasaskan Windows Phone, korang perlu mempunyai akaun emel hotmail atau live. Emel hotmail sudah kurang popular dan juga kurang digunakan pada masa sekarang ini. Mungkin ini adalah salah satu cara bagi menaikkan semula emel hotmail ini. Seperti Android, korang perlu ada akaun gmail untuk men-download apa-apa aplikasi di Google Play. Begitu juga WP ini. Sudahnya WP, sudah semestinya browser-nya adalah IE (Internet Explorer). Haters IE? Lantaklah sana. haha.

Gambar

Kualiti gambar kira boleh tahap puas hati jika korang pandai snap gambar. Jika korang tangkap gambar dan tangan korang bergerak sedikit, memang agak kabur.


Jika korang jenis suka tangkap gambar, telefon ini bukan sesuai untuk anda. Carilah telefon yang mempunyai 8-megapiksel seperti iPhone 4s atau Galaxy S3.

Jika korang nak cuba WP, bolehlah sambar satu ye.





1 comment:

  1. Brand Nokia masih bernyawa ke sekarang ni? Macam suam2 je aku tengok.

    ReplyDelete