Monday 11 February 2013

5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli iPhone


Di sini aku nak memberitahu anda 5 perkara anda perlu tahu sebelum anda membeli iPhone. Tak kiralah iPhone yang mana. 3gs ke,iPhone 4,4s dan yang terbaru iPhone 5 tu ke. Semua sama je. Jadi, sesiapa yang kepingin sangat nak beli iPhone baik korang fikir 2 3 4 kali sebelum nak membelinya. Termasuk juga pada diri aku yang teringin sangat dengan gajet keluaran Apple ni.
  1. iPhone tak boleh transfer MP3 dari telefon lain menggunakan bluetooth. Nak transfer fail gambar dan audio MP3 memang tak boleh. Ia memang benar kerana syarikat Apple terlalu sensitif pada hak cipta lagu yang dicipta oleh komposer, penulis lirik yang menulis lirik berbunga-bunga dan penyanyi yang menyanyikan lagu sampai hampir terkeluar anak tekak yang bersusah payah untuk mencari makan. Jika  ia mudah memindahkan lagu dari telefon lain, ia adalah piracy. Kenapa piracy? Perangai serupa lanun yang merompak di Lautan Hindi tu lah. Merompak je kerjanya. Yela. Mana tak marahnya bila orang penat berpeluh buang tenaga, wang dan masa mencipta lagu korang senang-senang je dapat lagu tu secara percuma. Manalah syarikat menjual album tak gulung tikar.
  2. iPhone wajib kena ada data plan internet. Ya,ia memang benar kerana tanpa data internet serupa tak payah pakai iPhone. Baik korang beli Nokia 3310 yang tak perlu (memang tak perlu pun)beli data internet. Baik korang beli telefon cap itik serati tu. Kalau setakat nak bajet mewah menunjuk-nunjuk kat orang baik tak payah. Buat orang meluat je tengok. Adanya data internet memudahkan anda membaca emel, update status Facebook, tweet Shila Amzah di Twitter dan upload gambar di Instagram. Lagi satu, orang lain tunggu beli suratkhabar untuk mengetahui keputusan BPL tetapi orang yang ada iPhone cepat je dapat keputusan.Woha, seperti dunia ini aku yang punya. haha.
  3. iPhone tak ada radio. Ha, ini lagi satu aku nak ingatkan pada korang. iPhone memang tak ada radio. Kalau korang suka dengar radio sebelum nak melelapkan mata dan menunggu Komuter atau LRT tu baik tak payah pakai iPhone. Pakai telefon Nokia cap ayam serama pun dah dikira baik kerana ia tak perlu dibayar dan tak perlu kena caj data internet.  iPhone ada menyediakan aplikasi radio untuk didownload dan sudah pasti ia dinamakan radio internet. Dah namanya radio internet sudah tentu kena caj data internet.
  4. Kuasa bateri cepat kong dan weak. Sudah semestinya jika korang on data internet 18 jam tak termasuk waktu tidur 6 jam memang ia akan kong dan cepat habis.  Kenalah caj tiap-tiap hari. Ada tak korang tak cas sehari? Nokia 3310 pun tak cas 3 hari pun masih ada bar lagi. Itupun sayup-sayup je barnya. Masih boleh call or sms kan.
  5. Sensitif bila ia terjatuh. TER tau. TERJATUH. Jika sesiapa dah ada iPhone baik korang jaga ia baik-baik kerana ia sangat sensitif apabila ia jatuh ke lantai ke, jatuh dalam tandas ke atau jatuh tika keluar dari kereta. Korang pun sayang sangat kan dengan iPhone korang. Jadi, penyelesaiannya kena lah korang beli protector punya casing. Aku pernah guna Nokia 5800 XpressMusic yang pernah banyak kali jatuh tapi still boleh guna lagi. Aku tak pernah guna Sony Ericsson (sekarang Sony) sebab aku tengok telefonnya bila ia jatuh semudah itu ia mudah rosak. So bad.
Itu sahajalah aku boleh kongsi pada korang yang newbie nak beli iPhone. Aku jua teringin memiliki iPhone tetapi niat aku mulai kabur apabila mendengar pendapat dari orang lain. Aku tau iPhone is the best. Setiap kelebihan tetap ada kekurangannya kan. Normal.
p/s: Aku jatuh hati pada kualiti gambar yang ditangkap dari iPhone. Itulah kelebihannya.

48 comments:

  1. dulu sya mmg gila i phone..mmg pernah simpan niat lah.tpi bila dapat feedback cm nie..mmg terus tak nak iphone..huhu

    baik guna sony..jatuh pun ok lagi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pakai baru tau... best !

      Delete
    2. ye! btul3 ^^

      Delete
    3. betul tu , sebelum ni aku pon anti gila iphone ni . tapi lepas dh pakai baru tau , best betul ..

      Delete
    4. Aah btol la..dulu mmg xmnt sgt iphone tp bila dh pki bru tau mmg best gile

      Delete
    5. Kannn...x kenal...maka x cinta...kena tny pengguna iPhone...😌

      Delete
    6. Kena cuba guna dulu baru rasa kebestan tu.. hehe..

      Delete
  2. Termasuk lah saya. Minat iPhone tapi bila mendapat maklumat ttg iphone ni. terus batal niat nk beli...

    ReplyDelete
  3. haha..


    so katakan " NO " pada i phone..

    dan katakan " YES " pada sony..haha

    ReplyDelete
  4. Dah beli & sgt puas ati guna iphone. lw nk rasa nikmatnya guna iphone, kena la jailbreak & tw guna itunes yerrr..

    1)iPhone tak boleh transfer MP3 dari telefon lain menggunakan bluetooth.

    - mmg pn cuz hny leh blouetooth dgn apple device je. tp dgn slumber nya aku leh transfer pix, lagu, n vid guna whatsapp & wechat dgn mmber aku yg guna fon brand lain. so sape kata x leh??

    2)iPhone wajib kena ada data plan internet

    mana2 smartphone pn mmg cmtu. lw x wtpe guna smartphone?? bek guna 3310 je, ye tak?? i dun thing it's a big deal. da korg nk on9 mst la kna ada packet data. if nk save batery, tym x on9 tu off la kejap packet data. xda alasan pn yg packet data tu nyusahkan.

    3)iPhone tak ada radio.

    w/pun xda radio, tp leh je download aplikasi radio utk dgr radio. ikot la citarasa nk layan channel radio apa. tp bg aku, aku x kisah if xda radio pn cuz aku x lyn lagu2 kt radio skang. majority lagu skang ni tah pape je. xda msg , lirik tah pape & hny harapkan music yg catchy. bek aku lyn mp3 je. cayolah ckp den lw ko lyn lagu guna earphone iphone mmg tsgt la puas ati dgn kualiti yg kebabooom.

    4) Kuasa bateri cepat kong dan weak.
    ni pn 1 hal. sme smartphone mmg ada prob ni tp ni sme xda hal lw tau cara jimatkan bateri smartphone. yg p layan internet + game melampau tu pehal? harusla kong bateri tu. tp so far aku guna, lw on packet data spnjg masa pn, jangka hayat phone msih ok g. lw x men game sgt n x on9 + download gila2, bateri leh thn more than 14hrs. n then screen brightness tu x yah ler menggedik sgt set terang2. ala kadar sudeh.

    5) Sensitif bila ia terjatuh.

    based on pengalaman aku guna samsung b4 this, samsung g sensitif bila tjatuh. lw iphone 5, body nya diperbuat drpd metal which is much better than my previous samsung s3. body samsung s3 tu covered by plastic case. lw iphone 4 n 4s je kna hati2 skit cuz body drpd gorilla glass. lw nk fon yg betul2 tahan lasak, tahan maki, n tahan sme benda, bek guna 3310 / fon norkiah klasik. yg ni lw jatuh dr tingkat 18 pn insyaAllah ok g.

    laz but not least mmg setiap phone ada kelebihan n kekurangan. tp pandai2 sendiri la nk get rid of it. that's y la kna pndai2 explore cara guna ur fon. nk ikotkan bnyk apps iphone yg bez gler. ade apps tu yg xda kt galaxy s3 aku. mls nk citer pnjg cuz aku tgk komen aku pn da leh wt blog entry. lw ko rasa ko nk bli iphone, go for it. x yah dgr sgt ckp org. slagi ko x guna sendri ko x kan tau. biasanya org yg slalu merungut psl prob iphone ni ialah org yg x tw guna itunes & x jailbreak fon. x optimize kn pgunaan fon. fon je canggih tp x tw guna pn parah gk. tu yg rasa tiba2 cm x best. like i said pndai2 la explore sendri yerrr. papepun kelima-lima facts yg ko ltak kt ats tu xda la bmasalah sgt pn cuz ada cara nk selesaikan :)





    ReplyDelete
    Replies
    1. ihatenonsensecritics11 November 2013 at 02:25

      Tambahan ringkasan mudah ...sikit je^^

      1) bluetooth issue = virus issue
      2) data plan... for surfing?.. wifi ade kot.. sometimes eco-battery dari model lain.. and its a fact..
      3) radio... like gazelurve said.. apps ade^^
      4) bateri issue....hmmm... iphone on wifi 24h, boleh guna gps for 2hrs straight per full charge per day...try that on other phones^^
      5) sensitivity... ade je hard case mcm lunatik extreme..rm80 trus cover jatuh/debu/water/calar/impact/tercelup/washing machine and etc...

      tapi phone model lain pn ade yg baguihnye... cuma x brp seronok comparison dia tu ngn 3310...^^..

      prefer sony xperia U if iam to choose androids~... peace yo!

      Delete
    2. i setuju sbb benda ni lain2 telephone pun same jgk xhairan pn la..

      Delete
    3. Mcm ne ambik lagu dlm vchat cee bagi tau caranya

      Delete
    4. tumpang tanyaaaa..
      mana ehh nak cari lunatik extreme tu??
      sape tau??help meeee..

      Delete
    5. tumpang tanyaaaa..
      mana ehh nak cari lunatik extreme tu??
      sape tau??help meeee..

      Delete
  5. Wah,,komen ko ni memang dh boleh jadi blog entri..haha. thanks untuk info. mmg bagus komen ko. inilah yg aku nak. ade feedback.. actually aku memang nak plan beli iphone 4s.. yg tu je la aku termampu beli..iphone 5 msih mahal. aku percaya, ia mahal sebab ketahanannya, jenamanya. skg aku guna galaxy s3 mini.. memang cover belakang telefon ni plastik. insyaallah aku akan beli iphone.. again, aku memang suka komen ko.. thanks.. :)

    ReplyDelete
  6. GAZELURVE ~ THANKS FOR THE INFO... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gazelurve terbaik... Dah boleh buat entri blog.

      Delete
  7. patutnye tukar tajuk .. keburukan iphone .. huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho... thanks advise...tergelak kejap tadi :)

      Delete
  8. skang guna s3, baru guna setengah tahun da hang..dapat nasihat dr pgguna iphone yang fon ni tsangat better n puas hati bbanding samsung, so mmg misi nk tuka iphone tambah lak dgr komen gazelove tu tambah semangat nak beli..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaaa...!!sgt2 sukaaaa iphone ni sbb xpnh hang ok..!! Xmcm masa i guna s3...bestt laaa,,sbb rasa selamat tnpa bluetooth n virus,,hihi..lg pulak rasa up la skit privacy..:)

      Delete
  9. saya dah pernah guna BB, android, Windows mobile... bila switch kpd iphone... rasa sgt berbaloi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnnn????sgt2 berbaloii..!!nk upgrade ip6 plak...tp tggu laaaa duit jatuh dr langit...:D

      Delete
  10. Iphone la BEST!! Pasal battery low tu mmg la.. Enfon smsung kakak aku pon tiap2 ari kne charge.. Tp aku nye iphone 2 hari sekali jer charge.. Kalau ade bf/gf mmg la kne charge tiap2 ari.. Sbb berONLINE 24 Jam.. Pulak tu ko nak kompair dgn 3310 mmg tak la.. Sbb 3310 ade gmbr n android? Adoaii.. Lain kali ko nk wat entry jgn la kutuk2.. Selidik dulu beb.. Bru tulis apa yg ko tau.. Nie pakai BEDAL JER.. Credit... Seteruk2 iphone pon.. Xde la time nk tntu kn fon korang tu ori ke tak ade gmbr ANJING...

    ReplyDelete
  11. iphone the best, dah berpuluh hp android yg dah pkai. bila dah switch ke iphone rasa xmau tukar jenama lain dah. hehe.. kalau nk pkai be smart.. jangan noob sgt..

    ReplyDelete
  12. ikut keadaan..tau jage,boleh je pkai iphone ni..kalo pakai asik nk jatuh2 kan,baik tayah pkai hp..budak2 pn tau jage barang die..jgan jadikn sume tu alasan #^_^#

    ReplyDelete
  13. minat i phone,tp lom terfikir utk beli hp bru lg.huhu. minat dgn investment plak skrg..gadjet sy kne kurangkan sket.huhuhu

    ReplyDelete
  14. Tumpang tanya berapa kos untuk tukar body iphone 5 ?

    ReplyDelete
  15. IPhone tetap best...aku dah banyak kali pakai android bila tukar iPhone rasa macam taknak tukar brand lain

    ReplyDelete
  16. salam, saya ader jual pelbagai Jenis phone clone grade AAA dengan harga yang sangat murah, ip5s, ip6, ip6+ pon ader, ader banyak lagi phone jenama lain, berminat?, whatapp or pm saya di 01128755146, dijamin harga bawah RM500, bawah RM400 pon ader,

    ReplyDelete
  17. Assalam..ko nk thu x...??
    Teknlogi akn msnh.1ari 6t..2je..so..gnekn nset ko dgn hemh..bg aq y jhil ni,x pyhlah nk btkak sbb sstu y akn fana..smenye ats msig2..
    LET'S UNITED..Peace yo..

    ReplyDelete
  18. patutnya no 1 cakap "pastikan anda berduit utk bli iphone bukan pinjam duit dr orang lain atau along atau hutang bank"

    ReplyDelete
  19. Aku dapat hadiah hari jadi iphone 6 org bagi aku terima jelah 😂

    ReplyDelete
  20. Mohon pandangan dan pendapat. Yang mana 1 lagi baik untuk beli antara iphone 5s atau iphone 6? Mana 1 okay ye?? hmm

    ReplyDelete
  21. Mohon pandangan dan pendapat. Yang mana 1 lagi baik untuk beli antara iphone 5s atau iphone 6? Mana 1 okay ye?? hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iphone 6 lawa besar sikit dri 5S, lebih laju dri 5S gambar lagi lawa dri 5S... Saya guna 6plus... Terbaikk gambar...

      Delete
  22. Yg suka kutuk2 iphone, sebenarnya tak pandai guna.. Dah la konplem mcm2,, guna pon tak lagii ni lagi parah,, saya guna iphone 4S 3tahun, termasuk jatuh turun kereta, mcm2 jatuh laa.. Xde masalah pon,, still nmpk bru, belakang dia berkilat ,samsung ade? Dahla back plastik, pakai 5bulan nmpk buruk dh.. ! Ak ckp ni sbb abh ak guna samsung hahaha iphone besst wei,, dia lain,, sekarang ak pakai iphone 6S, tiba2 skit aty plk bce entri nii hehe kbye

    ReplyDelete
  23. baru nak menyimpan beli iphone then setakat ni masih lagi menyimpan niat untuk beli wlaupun baca entry atas :)

    ReplyDelete
  24. Yeayyy..mmang tngh berie nak guna iphone ni. Skrang guna tab S mmg best apps die smue.. Gambar smue ok. Tpi dah borign pulak gune tab bsaqqq. Harap kputusan yg tepat lh nak tukar ke iphone 😊😊

    ReplyDelete
  25. Iphone 5 ok x ? Nk bli yg latest x mmpu..bli seken je

    ReplyDelete
  26. Iphone 5 ok x ? Nk bli yg latest x mmpu..bli seken je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya la ye. Maaflah kalau ada tersalah bahasa apa apa ye.

      Iphone memang best. Senang kata, every phone tu ada pros n cons dia.
      Tapi satu je bang nasihat saya, nak beli iphone second hand boleh. Tapi kena banyak berhati hati. Baik beli yg baru je bang. Pendapat saya lah. Ip 2nd hand ni leceh sikit. So, before beli tu, cek habis dia punya dalam dalam tu. Jgn sampai kena tipu dgn penjual tu.
      Kalau saya ada salah info, sesiapa sudilah bantu betulkan ye :) Terima kasih

      Delete
    2. Sekarang dah banyak iPhone refurbished. Mengaku new set tapi refurbished. Baik beli kat Authorized Seller macam Machine.

      Delete
  27. beli mahal2 tp guna setakat fb wc wasap twiter amik gmb sket2...bek xyh pki ipone
    setakat bole nunjuk kt mbr ko pki ipone tp function xpki sume...mmbazir

    ReplyDelete
  28. iPhone ni leceh . Nak transfer file , gambar , payah. Tu je kelemahan. Yang lain okay. Apa guna smartphone mahal kalau nk buat benda yang senang x dapat. Whatsapp nak share music tak boleh. Limited send 10 imej. Kena jailbreak baru boleh buat semua tu. Suka iPhone sebab design dan simple ui. Cons dia. Payah nak buat kerja dan urusan simple yang lain.

    ReplyDelete