Sunday 17 February 2013

Pergi surau/masjid memang bagus tapi....

Status di Facebook

"Pergi masjid/surau semata2 nak pergi tandas. Lepas tu blah macam tu je.."

Fenomena begini memang berlaku pada masa kini. Aku ingatkan masuk kawasan masjid/surau nak solat sunat masuk masjid ke, solat sunat dhuha ke (jika waktu tu matahari dah naik) atau solat sunat apa sahaja tapi bukan nak buat perkara sunat semua tu. Diorang (mereka-mereka) tu masuk kawasan masjid nak melepaskan hajat masing-masing. Lepas melepaskan hajat masing-masing, main blah macam tu je. Buatlah amal sedikit seperti bersedekah ke tabung masjid ke, buat solat fardhu yang masih belum solat tu ke, buat solat sunat ke. 

Tapi masuk masjid sebab nak melepaskan hajat. Al maklumlah, air tak perlu kena bayar. Parking pun senang nak dapat. Tak payah nak masuk ke kompleks membeli-belah nak kena bayar tempat parking lagi. Nak kena berkejar ke tandas lagi. 

-STOP-




No comments:

Post a Comment