Sunday 3 February 2013

Bullet to the Head - Kena kat kepala kau


Ok, selamba je aku update entri kedua pada hari yang sama. Yang bezanya adalah entri Mama tu update pada waktu siang hari dan entri pada kali ini di-update pada waktu malam ditemani hujan renyai-renyai (memang tempat aku tengah hujan).  Macam tak percaya je. Ok, petang tadi aku dah bantai habis main bola di waktu hujan. Memang seronok sebab dah lama tak main hujan. 2 in 1. Main bola sambil main hujan. Kalau aku main hujan karang ada pulak orang mengumpat aku. Dah tua bangka pun main hujan lagi. Tapi apa aku kisah. Janji aku bahagia. 

Aku bukan nak cerita pasal main hujan atau main bola atau apa-apa saja. Kali ini aku nak cerita pada korang semua tentang filem peluru kena pada kepala ni atau Bullets to the Head. Pelakonnya adalah hero tentera 'Rambo' iaitu Sylvester Stallone. Terbelit-belit lidah aku nak menyebut nama pelakon ni. Apa pendapat aku berkenaan dengan filem ini? Pendapat aku filem ini biasa-biasa je. Itulah aku punya komen tentang filem ini. Aku dapat teka jalan ceritanya. Anak Jimmy Bobo (Sylvester Stallone) iaitu Lisa diculik oleh orang yang diupah oleh orang jahat (sudah tentu kena ada orang jahat. Kalau tak macam mana ada orang baik) sebab orang jahat tu nak pendrive yang ada kat Bobo tu. Korang pun tahu kan macam mana gaya si Sylvester a.k.a Rambo ni bercakap. Cakap gaya otai gila. Bajet samseng lah macam tu. Sama je gaya dalam filem Rambo dan The Expendables. Cakap dengan gaya yang berlagak. Bla bla bla bla (suara yang kasar).

Dan seperti biasalah, si Jimmy Bobo (macam nama anak buah aku pulak) ni pun selamatkan anak dia ni. Jumpa di tempat dijanjikan. Diberi amaran jangan bawak polis atau senjata.  Adalah seorang polis ni bersekongkol dengan geng jahat ni. Pada masa yang sama, Jimmy ni berkerja sama dengan Taylor Kwon (lakonan Sung Kang yang berlakon dalam Tokyo Drift) bagi mencari jawapan dalam merungkai misteri kematian beberapa orang di kawasannya. Dah jumpa lepas tu berlakulah pergaduhan dan yang menang sudah tentu yang hero tu. Dan, tamat. Itu sahaja jalan ceritanya. Hm bosan kan.

Aku hanya duduk terdiam tanpa berkata apa-apa. Mungkin bosan dengan jalan cerita yang mudah diteka tu. Selepas tamat cerita tu, aku berjalan keluar dan perkataan pertama yang keluar dari mulut aku adalah 'Bosan'. Well, masing-masing punya citarasa. Kalau korang kata best, bestlah bagi korang. Bagi aku, ia amat membosankan. Kalau nak tengok dipersilakan. Masing-masing punya hak.

p/s: Bla bla bla bla bla. 

No comments:

Post a Comment