Tarikh 10.11.12 merupakan tarikh aku bertunang dengan kekasih hati aku. Memang kami tidak sengaja memilih tarikh tersebut kerana pada hari itu juga kakak tunang aku(15 Di 2012,aku dah jadi tunangan dia) akan dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya. Seperti yang dirancang, kami hanya mahu hari pertunangan kami ini buat pada hari yang sama pernikahan kakak tunang aku itu. Aku tak percaya aku sudah menjadi tunangan orang. Sekarang aku kena jaga tingkah laku (jika tak sengaja ye) setelah memegang 'title' tunangan orang ini.
Jika dikenang kembali saat-saat sebelum menuju hari pertunangan ini memang aku rasa terharu dan bersyukur yang amat sangat kepada Yang Maha Kuasa kerana aku berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan yang dilalui. Jika dikira cabaran itu memang banyak juga. Kami sudah membuat keputusan pada bulan April 2012, kami akan bertunang pada bulan November. Itulah perancangan kami. Setelah membuat keputusan, saya dengan dia nekad untuk membeli barang apa yang perlu dibeli kelak.
Setiap bulan saya dengan dia akan membeli barang hantaran sedikit demi sedikit memandangkan kami tidak mempunyai bajet yang banyak. Nak bertunang mesti kena ada duit yang banyak kan. Tapi kami nekad kami perlu melalui fasa pertama iaitu kena ikat tali pertunangan walaupun sumber kewangan memang tak banyak. Kadang-kadang aku beli barang untuk aku dan aku beri barang yang aku beli itu kepada dia. Begitulah sebaliknya pada bulan berikutnya dia pula beli barang hantaran untuk dia dan beri pada aku. Aku masih ingat lagi aku beli dia baju tunang berwarna merah jambu di PKNS Shah Alam. Harga baju itu bernilai RM260 kalau tak silap. Aku beli baju itu kerana aku ingin mengurangkan tekanan yang ada di dada ini. :). Baju itu memang cantik dan aku ingin lihat dia pakai semasa hari pertunangan nanti.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, hari yang dinantikan bakal menjelma. Pada masa itu pula dia mendapat panggilan kerja di sektor kerajaan. Seperti biasa jika kerja di sektor kerajaan pembayaran gaji memang sukar untuk terima pada bulan pertama dan kedua. Ketika itu dia kerja pada hujung bulan September. Memang dia kekeringan duit. Mujurlah dia ada 'main kutu' untuk menjadi duit 'back-up' jika keadaan sedang kesusahan. Kemungkinan bulan November dia akan mendapat duit kutu tersebut. Lega sedikit hati kami. Tapi aku juga turut menghadapi masalah kerana aku masih samar tentang selok-belok pertunangan mengikut adat istiadat orang melayu kerana aku berbangsa orang asli. Memang aku tertekan. Aku minta bantuan daripada Pak Cik Hamdan pegawai di JAKOA. Maklum balas yang diterima amat bagus tapi dia akan cuba meminta bantuan dari ustaz kerana dia juga kurang arif. Tika itu juga aku cuba meminta bantuan dari Pak Imam Isron Masjid Morib tapi aku masih tidak cuba menghubungi beliau. Aku ada tanya pada abang aku. Dia kata ok jika aku meminta bantuan dari pak imam tersebut. Aku tangguhkan dulu niat aku itu.
Setiap minggu, aku akan pulang ke kampung di Pulau Carey bertemu dengan keluarga aku. Tika itu datanglah seorang pak cik bertanya kepada aku tentang hari pertunangan aku dan dia merelakan diri untuk menjadi wakil bagi pihak lelaki iaitu aku. Alhamdullillah ada juga orang yang sudi membantu aku ketika aku dalam sukar. Memang aku sangat bersyukur. Akhirnya, masalah aku sudah selesai. Tak perlu lagi aku fikir susah-susah. Aku hantar mesej kepada Pak Cik Hamdan yang aku sudah ada wakil majlis pertunangan aku.
10.11.2012
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Sehari sebelum majlis pertunangan aku sudah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Juga, aku sudah 'iron' baju melayu dan membersihkan songkok. Pada pagi itu, aku, mak aku dan seorang anak buah aku bergegas ke rumah Haji Md Nor yang terletak di Batu 10, Telok Panglima Garang. Kami tunggu di situ dan terus gerak ke destinasi yang dituju. Lebih kurang 4 kereta pergi ke majlis pertunangan aku. Aku pandu ikut jalan ke Kg Sawah kerana jalan itu sangat dekat. Manakala Haji Md Noor hilang entah ke mana. hehe.. Aku hantar mesej menyatakan bahawa tunggu di Masjid Morib.
Sampailah destinasi yang dituju iaitu di Kg Batu Laut, Tanjong Sepat. Perjalanan memang begitu jauh bak kata Haji Md Nor. Memanglah jauh sebab ikut jalan besar. hehe.. Segalanya berjalan dengan lancar dan aku sudah menjadi tunangan orang. Pada hari itu juga kakak tunang aku bernikah. Jadi, orang memang ramai masa itu. Aku hanya kontrol macho. Gila. Tak akan nak gelak pulak kan. Sempat juga aku tangkap beberapa gambar untuk dijadikan tatapan buat semua.
Inilah gambar-gambar semasa majlis pertunangan aku. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis pertunangan aku ini.
THE ENGAGEMENT DAY
Tahniah..Smoga kekal hingga ke akhir hayat..
ReplyDeletetahniah...
ReplyDeleteTAHNIAH..
ReplyDelete