Tuesday 3 December 2013

Kaki gamerz biasa buat



Ni biasa aku buat dengan kawan- kawan aku masa layan main game PES 2014 versi PC. Kita orang biasa main game waktu malam sebab ia sangat sesuai kerana cuacanya sejuk dan ditambah pulak kesunyian. Plan nak main game sampai pukul 12 malam je. Tapi oleh kerana tidak puas lagi nak main, situasi di atas akan berlaku. Kerap jugak cakap ni last game tapi tak jugak last gamenya. 

Kalau dah sampai 2 pagi hingga 5 pagi macam ni memang alamatnya tak kerjalah pagi tu. Dah la tak cukup tidur. Mata bengkak je melayan game. Inilah bahana main game sampai lewat malam. Hope korang jangan ikut perangai aku ni ha. Orang berjaga sampai pagi nak solat sunat taubat, solat hajat ke, ni tak, sanggup bersengkang mata main game. Nasihat pada aku dan juga orang lain yang terasa tu. Haha.

No comments:

Post a Comment