Saturday 23 November 2013

Dilema filem Malaysia?

Transformers. Filem ni merupakan filem faveret aku. Bagaimana Michael Bay ada idea buat filem gempak macam ni. Idea dan kreativiti memang terbaik. Sukar nak buat filem begini. 

Harap ada pengarah Malaysia mempunyai visi nak buat filem macam ni. Barulah industri perfileman gempak. Ni tak, tak habis-habis nak buat filem genre cinta, gangster,seram komedi dan seram tak komedi. Bosan, bosan dan bosan. Berbaloikah beli tiket semata-mata nak tengok filem macam tu? Pernah gak tengok filem KL Zombi. Ingatkan best sangat tapi tak adalah best mana pun. Orang beli tiket nak tengok filem ni pun sebab ada Zizan Razak kan. Menggunakan populariti seseorang artis tu untuk mengaut keuntungan beribu-ribu. 

Orang nak tengok filem bukan sebab nak tengok Zizan berlakon tapi nak tengok jalan ceritanya menarik ke tak. Even pelakonnya bukan Zizan pun tapi jalan ceritanya menarik, memang aku akan tengok. Sebagai contoh orang Barat buat filem ada pelakon tak berapa nak popular tapi jalan ceritanya menarik, tetap orang akan tengok. Lama-lama pelakon tu akan naik mencanak sebab dia popular dari filem tu. Contohnya macam Twilight Saga tu la. Aku pun tak kenal Robert Pattison tu siapa. Tukang sapu dalam filem tu ke, pemandu teksi tu ke. Rupa-rupanya si pontianak lelaki. ( kat malaysia tak ada pontianak lelaki, ada pun perempuan mengilai berterbangan). 

Bukan aku mengagung-jagungkan filem barat. Aku juga ada meminati filem tempatan seperti KL Gangster dan SAM. Untuk filem SAM memang aku suka jalan ceritanya. Tak sangka seorang pengarah muda iaitu Shafiq Yusof mempunyai idea dan jalan cerita yang menarik. Aku salute sama u Shafiq. Sama juga abangnya Shamsul Yusof. Sudah 2 filem KL Gangster dah ditayangkan sampai filem tu telah bocor di pasaran sebelum tarikh tayangan tapi sambutan filem tu tetap menggalakkan. Sampai ada pengarah berbangsa cina pun buat filem gangster jugak seperti Kepong Gangster. Dah tengok filem tu. Memang ada mesej disampaikan. 

Apa pun harapnya pengarah filem mempelbagaikan jenis genre filem seperti sains fiksyen ke, horror ke, drama ke, seram tahap gaban ke ye. Hehe. 

No comments:

Post a Comment