Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

Apa yang kurang menarik pada Nokia Lumia 620?

Hah, hari tu aku puji melambung tinggi dengan Windows Phone 8 ni. Hari ni aku nak maki pulak dengan Nokia Lumia 620 ni. Pada pendapat aku, produk Lumia keluaran Nokia ini memang ternyata gagal menyaingi kehadiran telefon pintar keluaran syarikat telefon yang lain. Korang pergilah mana-mana dan tengok semua orang yang korang nampak, dorang pakai telefon apa. Aku jamin memang tak ada pun jenama Nokia Lumia yang dorang pakai. Banyaknya Samsung dan iPhone. Abaikan jika dorang guna 3310. hehe. 

Aku pernah cuba nak tolak Nokia Lumia ni kat kedai telefon cina. Tauke cina tu kata Nokia Lumia memang susah nak laku. Memang tak ada nilai jual balik. Sambil-sambil tu dia cakap, kat kedai dia,dia ada tunjuk-tunjuk memang tak ada jual Nokia Lumia. Korang tengoklah Nokia Centre aku jamin sebanyak 2% je orang akan datang kedai dorang. Ada pun hanya nak tengok-tengok je. Cuba bandingkan untuk kajian dengan pergi survey ke Machine atau kedai yang menjual telefon Samsung, aku jamin dalam 5 saat orang akan keluar masuk keluar balik then masuk balik ke kedai tu. Nak masuk bukan nak beli. Hanya nak tengok-tengok atau cuci mata tengok awek telefon pintar seperti di Machine iaitu iPhone 5. Kalau nak beli pun memang keluar duit beribu-ribu. 

Berbalik kepada Nokia Lumia tadi. Setelah seminggu aku setia pada telefon pintar berteraskan WP 8 ni, aku mulai berubah hati nak terus setia menggunakannya. Sebab apa aku mulai berubah hati? Meh follow aku apa yang kurang menarik pada Nokia Lumia ni.

  1. Nokia Lumia 620 memang tak ada radio. Diulangi tak ada RADIO. Bajet ikut style iPhone la konon. Serius. Bagi aku, tak ada radio memang ada kekurangan dalam kehidupan seharian aku. Tanpa Hot Fm mendengar celoteh FBI, Fafau dan AG memang rasa tak best. Umpama kopi tak ada gula. Umpama kereta tak beroda. Chewaahh..
  2. Tak ada Voice Recorder a.k.a Perakam Suara. Perakam Suara juga penting bagi kehidupan seharian aku. Semasa aku ada kursus atau bengkel ke apa. Kawan di sebelah aku mesti ada tanya apa-apa yang dia tak faham. Aku akan jawab apa yang aku tahu. Bila ada sedikit gangguan itulah aku hilang fokus pada kursus itu. Jadi penyelesaiannya, rakam je apa penceramah tu cakap. Balik rumah nak balik pun boleh. Kan,ia amat membantu. Kalau korang nak praktikkan pun boleh. Psst, aku pernah rakam khutbah jumaat. Kalau aku buat ni salah, sila tegur ye.
  3. Kurangnya aplikasi di Store. Tiada Instagram. Tiada InstaWthr. Memang ada kekurangan di situ. Tanpa Instagram, mana nak kongsi gambar. Flickr?Cuba bagitau aku berapa ramai orang guna Instagram? Aku rasa lebih ramai orang guna Instagram. Yang ada pun aplikasi wajib iaitu Facebook dan Twitter. Itupun jarang update. Dan interface Facebook Windows Phone amat mengecewakan. Bukan user-friendly. Jika dibandingkan aplikasi di Store, aplikasi di Play Store lagi banyak pilihan. Pilih je yang mana korang berkenan di hati.
  4. Kena ada akaun HOTMAIL. Aku nak tanya sesiapa lah yang baca entri aku ni. Korang ada ke akaun Hotmail? Akaun hotmail ni popular pada tahun 2001 tak silap. Aku pun ada akaun Hotmail pada masa tu tapi dah tak aktif. Tapi sekarang, Gmail jadi pilihan aku. Hotmail dah tak wujud dalam hidup aku. Tapi sekarang, ia muncul semula. Mungkin ini strategi untuk menaikkan semula akaun Hotmail di mata pengguna Nokia Lumia. 
  5. Browser wajib adalah Internet Explorer. Well, sekarang ni dah ada Google Chrome, Mozilla, Safari. Aku pun guna browser Google Chrome semasa menaip entri ni. Kenapa tak nak guna IE? Mungkin GC lebih user-friendly. Aku guna bila ada keperluan je. Untuk kehendak, aku lebih suka guna GC atau Mozilla. Begitu juga dalam Nokia Lumia ni. Aku kena guna browser IE. Aku pernah cuba nak install Opera Mobile tapi tak boleh. Entah kenapa pun aku tak tau. 
  6. No paste, just copy. Tiada paste. Aku pernah cuba copy mesej kat inbox then cuba paste di FB untuk sharing tapi amat mengecewakan. Memang tak boleh paste. Apa de hal! 
Oklah. Setakat ni sahaja dapat aku kongsi. Mungkin aku kesilapan aku tidak explore dulu Nokia Lumia itu sebelum terus membelinya. Kita belajar dari kesilapan. Pengalaman mengajar kita agar jangan terlalu terburu-buru terus membelinya. Terlalu banyak kekurangan pada Nokia Lumia ni. Jika ada lagi kekurangan, bolehlah sharing ye. 

Psst: Baru je beli Samsung S3 Mini. Boleh tahanlah. Ada radio. kehkeh.

Monday, 11 February 2013

5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli iPhone


Di sini aku nak memberitahu anda 5 perkara anda perlu tahu sebelum anda membeli iPhone. Tak kiralah iPhone yang mana. 3gs ke,iPhone 4,4s dan yang terbaru iPhone 5 tu ke. Semua sama je. Jadi, sesiapa yang kepingin sangat nak beli iPhone baik korang fikir 2 3 4 kali sebelum nak membelinya. Termasuk juga pada diri aku yang teringin sangat dengan gajet keluaran Apple ni.
  1. iPhone tak boleh transfer MP3 dari telefon lain menggunakan bluetooth. Nak transfer fail gambar dan audio MP3 memang tak boleh. Ia memang benar kerana syarikat Apple terlalu sensitif pada hak cipta lagu yang dicipta oleh komposer, penulis lirik yang menulis lirik berbunga-bunga dan penyanyi yang menyanyikan lagu sampai hampir terkeluar anak tekak yang bersusah payah untuk mencari makan. Jika  ia mudah memindahkan lagu dari telefon lain, ia adalah piracy. Kenapa piracy? Perangai serupa lanun yang merompak di Lautan Hindi tu lah. Merompak je kerjanya. Yela. Mana tak marahnya bila orang penat berpeluh buang tenaga, wang dan masa mencipta lagu korang senang-senang je dapat lagu tu secara percuma. Manalah syarikat menjual album tak gulung tikar.
  2. iPhone wajib kena ada data plan internet. Ya,ia memang benar kerana tanpa data internet serupa tak payah pakai iPhone. Baik korang beli Nokia 3310 yang tak perlu (memang tak perlu pun)beli data internet. Baik korang beli telefon cap itik serati tu. Kalau setakat nak bajet mewah menunjuk-nunjuk kat orang baik tak payah. Buat orang meluat je tengok. Adanya data internet memudahkan anda membaca emel, update status Facebook, tweet Shila Amzah di Twitter dan upload gambar di Instagram. Lagi satu, orang lain tunggu beli suratkhabar untuk mengetahui keputusan BPL tetapi orang yang ada iPhone cepat je dapat keputusan.Woha, seperti dunia ini aku yang punya. haha.
  3. iPhone tak ada radio. Ha, ini lagi satu aku nak ingatkan pada korang. iPhone memang tak ada radio. Kalau korang suka dengar radio sebelum nak melelapkan mata dan menunggu Komuter atau LRT tu baik tak payah pakai iPhone. Pakai telefon Nokia cap ayam serama pun dah dikira baik kerana ia tak perlu dibayar dan tak perlu kena caj data internet.  iPhone ada menyediakan aplikasi radio untuk didownload dan sudah pasti ia dinamakan radio internet. Dah namanya radio internet sudah tentu kena caj data internet.
  4. Kuasa bateri cepat kong dan weak. Sudah semestinya jika korang on data internet 18 jam tak termasuk waktu tidur 6 jam memang ia akan kong dan cepat habis.  Kenalah caj tiap-tiap hari. Ada tak korang tak cas sehari? Nokia 3310 pun tak cas 3 hari pun masih ada bar lagi. Itupun sayup-sayup je barnya. Masih boleh call or sms kan.
  5. Sensitif bila ia terjatuh. TER tau. TERJATUH. Jika sesiapa dah ada iPhone baik korang jaga ia baik-baik kerana ia sangat sensitif apabila ia jatuh ke lantai ke, jatuh dalam tandas ke atau jatuh tika keluar dari kereta. Korang pun sayang sangat kan dengan iPhone korang. Jadi, penyelesaiannya kena lah korang beli protector punya casing. Aku pernah guna Nokia 5800 XpressMusic yang pernah banyak kali jatuh tapi still boleh guna lagi. Aku tak pernah guna Sony Ericsson (sekarang Sony) sebab aku tengok telefonnya bila ia jatuh semudah itu ia mudah rosak. So bad.
Itu sahajalah aku boleh kongsi pada korang yang newbie nak beli iPhone. Aku jua teringin memiliki iPhone tetapi niat aku mulai kabur apabila mendengar pendapat dari orang lain. Aku tau iPhone is the best. Setiap kelebihan tetap ada kekurangannya kan. Normal.
p/s: Aku jatuh hati pada kualiti gambar yang ditangkap dari iPhone. Itulah kelebihannya.