Monday, 24 December 2012

The Hobbit, Padini dan Kamera Canon

Whoa! nak servis kamera Canon cajnya RM500?(reaksi terkejut). Wah, gila gila.  Mana tak gilanya jika nak servis kamera Canon DSLR ni sampai kena caj RM500.  Macam servis kereta Myvi tu. ;p. Apa boleh buat. Itulah nilai sebuah kamera Canon. Walaupun nampak 'cinonet' je tetapi nilainya tetap mahal.  Kalau tak nak servis jangan pakai kamera DSLR. hihi. Okey, aku tau semua itu.  Oh kamera Canon ku.  Rupanya kau terlalu mahal juga. Okey, aku malas nak cerita lebih pasal Canon, Conan, Detektif Conan dan seangkatan dengannya.    Kalau nak hantar servis bayar je la.  Banyak bunyi pulak kan.  Tinggalkan sebentar dunia Canon anda.  Aku nak cerita tentang filem terbaru yang keluar kat pawagam sekarang ni. Filem apa yang aku tengok ye? Filem 'Lagenda Budak Setan' (kawan aku kata 'Anak Setan')? Bukan-bukan (mata pejam, mulut jebik sambil geleng-geleng kepala).  Aku nak cerita sikit tentang filem arahan Peter Jackson iaitu 'The Hobbit An Unexpected Journey'. Wah. tepuk-tepuk!. 

Semalam aku dengan kawan aku pergi jalan-jalan ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang.  Niat di hati memang nak tengok cerita 'The Hobbit An Unexpected Journey' walaupun aku ini tak lah pendek mana dibandingkan kawan aku ni ha. Filem ini diarahkan oleh Peter Jackson yang juga pengarah yang mengarah filem trilogi cinta. Eh salah. Bukan filem Trilogi Cinta. Yang sebenarnya Trilogi The Lords of The Rings yang telah mencatat keuntungan yang banyak di seluruh dunia. Wah, kaya-kaya.  Pak Cik Peter kaya. Bak sikit duit. Boleh tengok filem pak cik.  Ok, dia tak nak layan aku.  Masa aku sampai ke TGV, orang memang ramai.  Dah tentu dorang tengok wayang, tak kan nak beli kereta Myvi pulak kat dalam tu.  Aku pandang ke skrin tv tertera filem-filem yang menarik.  Aku nak tengok filem Life Of PI tapi kawan aku nak tengok filem si pendek ni jugak.  Aku ikutkan je.  Menurut feedback kawan aku yang dah tengok.  Dia cakap filem ini memang cantik menarik kau memang da bomb.  Woo, salah satu media terbaru promosi iaitu promosi dari mulut orang yang dah tengok.  Apa yang menarik sangat? Jadi aku pun kena tengok dulu.

Perasan juga ada juga filem '2012' versi 3D ditayangkan semula. Mungkin efeknya menarik kerana ada 3D dan cuba bayangkan jika tanah terbelah dan ada api kat bawah tu, memang superb lah kan.  Tapi aku malas nak tengok lagi sebab aku dah tengok dah.  21.12.2012 rumors, satu dunia kena kencing hanya kerana pada tarikh itu dunia akan kiamat, Doomday atau The End of the Day. Percayalah sangat dengan ramalan kaum Maya tu.  Percaya pada Allah Yang Maha Esa je. Dia Maha Mengetahui.  Kita sebagai umat-Nya kena percaya pada hari kiamat yang merupakan rukun iman ke-6 tu.  Tapi kita tak tau bila dunia akan kiamat.  Apa pun tambahlah pahala dan amalan untuk bekalan dunia akhirat.  Nasihat pada diri aku juga :).  Wah, strategi pemasaran nak kaut lagi keuntungan dengan menayangkan semula filem lama selepas Titanic juga main semula filem berversi 3D. Bijak-bijak.  

Kami berdua beli tiket filem 'THAUJ 3D'(malas nak taip panjang-panjang) berharga RM21.  Jadi kalau dua, RM42 lah kan. Beratur punyalah panjang.  Menunggu lagi satu hal. Harapnya berbaloilah tengok filem ni.  Pukul 2 petang, masa dinanti-nantikan telah pun  tiba.  Kami pun tengoklah filem ni.  Bila dah sampai kat depan pintu pawagam 2, tengok kat situ tak ada orang bagi spek 3D.  Ada seorang kakak bagitau aku spek 3D kena mintak kat kaunter.  Hm sabar jelah.  Terpaksalah aku berkejar ke kaunter semula mintak spek 3D. Wah, dibagi percuma.  Kenapalah tak bagi awal-awal semasa beli tiket tadi.  Tak lah banyak masa aku terbuang begitu saja(walhal tengok wayang pun dah buang masa. hehe..).  Terpaksalah aku berkejar balik ke tempat duduk aku.  


Permulaan filem ini dimulakan babak di rumah Bilbo Baggins di mana Frodo muncul di awal filem ini.  Babak ini di Shire, tempat tinggal hobbit.  Filem ini memang ada berkait rapat dengan filem 'The Lords of the Rings' atau 'TLOTR'(malas nak taip panjang-panjang).  Di babak awal ini memang sama dengan filem pertama TLOTR The Fellowship of the Rings di mana Bilbo Baggins menulis kisah pergembaraannya di atas sebuah buku. Walaupun kemunculan Frodo hanya seketika, ia sedikit sebanyak membantu kita mengingati filem TLOTR.  Kalau tak tengok filem TLOTR memang korang kurang faham.  Tapi kalau nak tengok THAUJ jugak, tengok je lah. Duit korang kan.  Selepas itu, cerita ini bermula apabila Bilbo Baggins mengimbas kembali saat-saat bagaimana pemgembaraannya ia bermula.  Masa ni dia masih muda dan dia berjuang bersama dengan puak Dwarf untuk menentang Naga Smaug yang telah merampas 'Gunung Sepi' dari puak Dwarf.  

Dan babak yang menarik adalah bagaimana Bilbo Baggins ini terjumpa cincin Sauron dari Gollum  atau Smeagol (Andy Serkis).  Di sini, kita dapat tahu bagaimana Gollum boleh menyebut nama Baggins dan Shire dalam filem TLOTR itu.  Oh, patutlah. Begitu ceritanya. Biasalah Gollum ini ada dua personaliti.  Cakap dengan diri sendiri.  Di sini Bilbo Baggins bermain teka teki dengan Gollum.  Memang kelakar. Walaupun hanya seketika, kita dapat tahu bagaimana Gollum boleh mengenali Bilbo.  Serius, korang kena tengok jugak filem TLOTR.  Dari awal hingga akhir memang penuh dengan cabaran dan rintangan.  Ada juga makhluk batu di gunung bergaduh dengan mahkluk batu yang lain.   Masa itu ada Bilbo dan puak Dwarf di lereng gunung itu. Serius, korang kena tengok.  Filem ada sambungan kerana naga itu masih hidup.  Babak yang terakhir memang best kerana naga pun dah bangun dari timbunan emas. Terkelip matanya.  Wah, lawa matanya. Pakai kanta lekap ke.hihi

Pendapat aku tentang filem ini memang superb dari segi grafiknya.  Pemandangan memang cantik.  Lagi-lagi kalau pakai spek 3D. Terasa nak tengok semula. Kalau boleh, aku nak pergi tempat itu. Dari segi aksi memang best.  Tak rugi tiket berharga RM21 berserta dengan spek 3D free. Memang berbaloi-baloi.  Hati pun puas.  Jika siapa-siapa nak tengok, baik korang tengok cepat-cepat sebelum filem itu tak ditayangkan kat pawagam. Tamat cerita cerita Hobit yang pendek dan tapak kaki besar berbulu itu.  


Selepas tamat tengok wayang, aku dengan kawan aku pergi jalan-jalan cari barang.  Bukan aku tapi kawan aku ni. Lenguh kaki aku ikut dia ni. Gila shopping jugak kawan aku ni.  Kalau aku pergi Jaya Jusco rasanya tak sah kalau aku tak masuk butik PADINI.  PADINI adalah butik kesukaan aku. Aku tengok ramai orang nak beli baju.  Dah tentu diorang beli baju, tak kan beli ikan pulak kat situ.  Sempatlah aku sambar 'slim fit pant' dan sweater untuk pakai ke tempat kerja.  Bolehlah aku melaram. haha. Padini memang jenama kesukaan aku. Kalau aku nak cari pakaian ke tempat kerja, memang aku lebih prefer pada padini sebab aku pernah pakai pakaian jenama ini.  Memang aku rasa selesa.  Jika ada pakaian jenama lain, aku akan cuba. Buat masa sekarang ini, aku masih setia pada Padini. :)

Panjang pulak aku taip entri hari ini.  Lenguh di tangan pun tak terasa.  Bagaikan tidak percaya. Jadi, apa kena mengena antara The Hobbit, Padini dan Kamera Canon? Sebenarnya tiada kena mengena.  Hanya entri semata-mata. 

No comments:

Post a Comment